Assalamualaikum, Hi.
Ok memandangkan Aina terdapat ilham harini dan ada masa luang sikit kan jadinya untuk entry kali ni Aina ingat nak share satu benda yang bermanfaat (inshaAllah) regarding my major study during degree which has been officially ended on last 28th July (but not graduated yet hehe). Aina percaya yang singgah sini mungkin dapat dari hasil carian 'Material Technology' dekat google kan? hehe so mukadimah kalini Aina tak nak panjang-panjang sebab I just wanna help my juniors out there who had no idea what are this course is all about. Maybe ada yang dah tahu, and percayalah ada juga sebahagian besar yang tak tahu. Sama lah macam Aina and few of my friends time first day dapat offer continue degree dalam course ni and I was like "Kos apa ni weh?" sambil menangis air mata jernih haha! lol jk. And yeah semua sedia maklum keputusan UPU baru je keluar rasanya few days ago and I hope it's not too late for me to share this thing to you guys okay adik-adik. Btw, let me give a proper introduction first. Name was given as Aina Suhaila and I'm the second batch student for Material Technology course in Universiti Malaysia Pahang. Yes I am your alumni so say Hi please? Hehe tapi panggil je Aina. Lets be friends okay? Fyi, most of your seniors including me myself baru je habis internship last month and inshaAllah Aina akan mula bekerja next week and yes I am so excited! Please doakan seketul alumni ini okay :')
SUBJEK APA YANG KITA AKAN STUDY NANTI?
Kos Material Technology (MaTech) atau bahasa melayunya Teknologi Bahan ni basically adalah kos yang melibatkan ketiga-tiga subjek penting dalam science. Ya subjek yang you guys jumpa time sekolah, matriks mahupun asasi which are Chemistry, Physics and Biology. Ha mesti ada yang macam 'La jumpa bio lagi ke?' haha! Bertenang dulu. Subjek yang Aina sebutkan ni kira macam fundamental untuk subjek-subjek yang akan korang jumpa time study nanti. For example; Chemistry. Dalam core subject first semester korang akan study untuk fundamental chemistry which is divided into two subjects; (i) Organic Chemistry and (ii) Physical Chemistry. Lepastu korang juga akan jumpa subjek Rheology and also Material Science & Technology maybe during your 2nd year of study. Which these subjects involving chemistry and lil bit of physics. So basically subjek yang you guys akan jumpa nanti akan ada more to chemistry and also physics. For biology, korang akan jumpa sikit for example untuk subjek Nanotechnology. But it's only part of it sebab majornya berkaitan dengan Biochemistry. Tak mendalam sangat sebab kos ini memang lebih kepada chemistry dan physics. Biochemistry ni sipi sipi korang akan jumpa.
Menariknya kos Material Technology ni ada bau-bau bachang sikit dengan Chem Engineering studies. Dia hampir sama tapi tak berapa sama sangat. Haha! Sebab apa Aina cakap macamtu? Sebab ada subjek yang sama kita belajar (Contoh; subjek Material Science & Technology diorang belajar, kita pon belajar juga) bezanya penguasaan subjek tersebut. Chem Engineering usually memang akan cover 100% daripada subjek tu. But MaTech only cover 60-70% from it. Aina nak explain panjang2 pon nanti takut korang pening. So nak tahu macam mana of course korang sendiri kena belajar dulu. Nanti rajin-rajin kawan dengan budak fakulti FKKSA dan korang mesti akan discover similarities dua kos ni time 2nd year and above. Trust me. Untung-untung boleh study sama. Macam Aina dengan roommate Aina dulu since she was a FKKSA student.
PELUANG KERJA? ADA KE?
Untuk subjek-subjek yang Aina mention dekat atas tu cuma sebahagian sahaja tau. Selebihnya Aina percaya current senior MaTech akan provide time orientation week nanti. Aina cuma tolong untuk bagi brief introduction dekat korang hehe. Ok harapnya korang dapat idea sikit tentang apa yang korang akan study nanti. Now Aina nak move to what kind of job opportunities yang ada related to this course. Ok juniors, trust me I once had a big job issues. Bila orang tanya 'Nanti boleh kerja apa?' time baru2 dapat sambung study seriously I had no idea! Nak kata engineer macam tak je sebab selayaknya tittle engineer ni dapat dekat student chemical or civil je kan. So bila orang tanya Aina just jawab 'Nanti dah ada jawapan saya bagi' Hahaha! Seriously vision kecil gila time tu. Rasa macam kos ni takda masa depan pon ya juga. But guys, that was 4 years ago. InshaAllah by the time korang study nanti akan ada lecturers and seniors who are willing to help you guys to get a wider scope regarding job opportunities for future.
Tadi dekat atas Aina ada mention kan yang subject kita study ni ada persamaan sikit dengan chem engineering kan? So same goes to the job opportunities. Lebih kurang sama je macam chem engineering punya scope. Antara job prospects yang ada;
- Material Technologist
- Production Engineer/Planner
- Quality Assurance & Quality Control (QAQC) Officer/Executive
- Manufacturing Officer/Executive
- Laboratory Executive
- Academician and more
Nampak tak? Banyak kan.. So lepasni kalau ada yang tanya in the future boleh kerja apa, ha dengan bangganya without any hesitation jawab je one of it tau. Kalau korang still macam takde idea nak kerja apa or tak jumpa minat korang dalam any of that job prospects as mentioned, boleh seek advice from PA (Penasihat Akademik) korang nanti tau. Yes, all students will be assigned to PA yang akan incharge untuk guide and pantau korang sepanjang tempoh study. Jangan malu bertanya okay? Dan InshaAllah, setakat ni most of your seniors employed after habis belajar. Yang penting jangan putus asa usaha yang terbaik, okay?
ANY TIPS UNTUK JUNIORS? ADA TAK?
Ikutkan hati nak share banyak lagi dekat sini tapi takpe. Aina percaya my fellow brothers and sisters MaTech yang still study dekat UMP akan bersedia nak share lebih lagi dengan korang. Face to face. So senang korang boleh tanya directly and dapat jawapan terus kan. Untuk tips ni Aina takda tips yang hebat-hebat pon cumanya apa yang Aina boleh pesan, jangan pandang rendah untuk kos ni. Mindset kena ubah untuk tu. Kos ni dekat Malaysia baru nak hidup tapi dekat international kos ni setaraf Chemical and Civil Engineering. Dekat Jepun kos kita ni antara kos termahal. I mean highly demand. Jadi kalau ada rezeki korang, usaha yang terbaik untuk degree ni and sambung Masters dekat sana. Belum ada lagi seniors yang ada rezeki untuk kesana, so why don't you try it out kan? Tips yang lain, enjoy your degree life. Trust me lecturers MaTech semua best gila serious talk. Create best relationship dengan diorang. Tau? InshaAllah lain hari Aina share lagi okay. If korang yang drop by ni is my future MaTech juniors, korang boleh nak tanya Aina apa2 dekat comment bawah or maybe boleh drop dekat email ainaanuar23@gmail.com or boleh juga reach me out dekat dm instagram; @ainasuhailaa okay? Aina cuba tolong mana yang patut untuk korang
On a side note, boleh join group whatsapp Fakulti Sains & Teknologi Industri as bellow;
https://chat.whatsapp.com/0TpB7F2hU2d12M1yzHPnjj
Or FB group untuk new UMPian student intake 17/18;
https://facebook.com/groups/108223193191602
Or boleh follow twitter rasmi UMP untuk current updates;
twitter.com/twtUMP
InshaAllah kita jumpa time kitorang convo bulan 11 nanti okay? Hiks. Btw jangan lupa doakan Aina yang bakal mula bekerja esok. Sumpah nervous tak tahu nak kata apedah ni. Hahaha
Till then, see you ! Bye !
Thank you for reading this entry.