Friday, 18 August 2017

She is a BIG girl now :)

Assalamualaikum, Hi.

Usually memang susah nak nampak aina update blog share about my life kan. Hahaha. Memandangkan dah deactive twitter so currently memang jarang share pasal diri sendiri dekat orang. Nak try to keep everything low. Gitew.. Ini pon sementara tak receive tons of task lagi so selamat lah. Dekat office pon relax dulu study semua, ada problem dekat line baru jengah. Takde, kita study untuk prepare solution untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku. Kita ronda tengok budak2 kita buat kerja ke tak. Diorang tak buat kerja nanti kita yang kena. Line ada problem, budak2 tak monitor, kita kena jawab dekat manager.

Ini lah tanggungjawab.

Dulu kalau tidur, tak kisah pon nak tidur lambat ke cepat. Paling awal pukul 12 baru nak tidur. Tidur pon takde quality. Never bother lah pasal quality tidur. Tanggungjawab as a student pon setakat, bangun pagi then pergi kelas, ada assignment kena siapkan, ada test/exam kena study make sure flying colours. Kalau esok tu kelas cancel peh dia punya happy kemain dapat merasa 'holiday' 2/3 hari dalam seminggu. Well, rindu gila zaman belajar. Sebab zaman kerja ni takde tiba-tiba dekat group whatsapp bos kata "okay gais, esok office tutup. Kerja cancel" ahahaha! Malah sampai kan ke 3 4 pagi pon group whatsapp notification masuk tak henti-henti since company operate 24hrs kan. Nak tidur pon stress. Masuk kerja pukul 8am. Pukul 9.30pm tu usually battery dah drain habis. Energy totally out. Mata nampak tilam bantal je. Nak tidur pon kepala masih fikir "apalah nasib aku dengan team esok dekat office". Risau weh. Serious. Kalau kau tak pandai control emotion, memang sebulan je lah dekat sini.

Tapi awal sangat nak give up. Mana-mana tempat kau kerja pon kau akan stress. Remember that. Make sure that you know how to handle it.

Kerja dekat company besar, nama Top meletop ni, kau as a boss kecik kena fikir beyond of the box. Macam mana nak handle problem. Mana nak cari solution for a long term. Macam mana nak make everything under control. Peh. Besar gila tanggungjawab.

Nasihat aina, siapa yang masih study tu just enjoy your study life. And hari-hari kena remind dekat diri "Ini baru permulaan. Jalan kau jauh lagi" Makin meningkat umur kau, makin besar tanggungjawab kau. Kena sentiasa tabahkan hati. Kena challenge diri.


Kalau orang lain boleh, kenapa kita tak boleh. Kan?

Till then, bye !


Thank you for reading this entry.

No comments:

Post a Comment