Wednesday, 28 December 2016

My degree life almost come to its end

Assalamualaikum, Hi.

 My baby :')

Few weeks ago, I've completed my final year project presentation. Well finally, I did it yey! Thesis pon dah siap. Double yey! Alhamdulillah.. Takde kata lain yang mampu aku ungkapkan selain bersyukur dan berterima kasih pada semua yang mendoakan especially ibu ayah, fyp supervisor (sv), Dr. Rasidi dan kawan kawan yang tak lupa untuk selitkan nama diri ni dalam doa kalian.
Allah je mampu balas.

"Ayah, akak taknak lah belajar sini. Akak tak tahu kos apa yang akak belajar ni. Akak nak balik"

Ni lah ayat yang keluar dari mulut aku 4 tahun lepas, masa mula mula jejak kaki dekat UMP. Jujur masa tu rasa nak meronta balik. Memang sumpah taknak hadap pon life dekat sini. Dalam kepala fikir nak balik je. Masa otp dengan ayah tu sambil nangis nangis cakap nak balik jugak. Siap cakap ni duit yuran boleh claim balik bagai huhu. Bila teringat balik sumpah lawak, perangai sangat kan menangis bagai hahaha. Tapi nasib ayah cool. Ayah suruh juga stay, belajar dulu. Cari kawan. Try adapt. Ayah aku tak paksa aku, tak marah pon aku merungut. Tula, sikap ayah aku yang aku salute sampai harini (omg sebak) Cuma time tu aku fikir pula, kesian ayah aku susah payah hantar. Takyah cakap lah soal sanggup bergolok gadai keluar duit itu ini nak hantar anak dia belajar :')

Well today, aku masih dekat sini. Tengah menghitung hari nak habiskan masa yang ada dekat UMP ni. Bila fikir balik, pantas gila masa tu berjalan. Serious. Tahu tahu je aku dah pon final year. Tahun depan nak praktikal. InshaAllah lepastu kerja pula. Tiba lah giliran aku pula nak bantu ibu ayah aku yang dah baaaaaanyak bantu aku. Tak cukup aksara kalau nak list kan. Terlalu banyak.

Kalau nak cakap pasal dugaan student tahun akhir ni, kau tak payah nak cakap lah stress dia tu macam mana. Aku jenis kalau free, free gila. Kalau sibuk, dari pagi sampai malam aku takde dekat bilik. Mana kau nak siapkan assignment. Mananya nak siapkan lab work. Mana nak siapkan thesis. Mana nak baca itu ini. Kang nanti tetiba kena pergi industrial visit. Mujur dah tahun akhir ni aku dah zero manage/involve mana mana program. Dah lega dekat situ. Sebab aku memang nak fokus fyp aku je. Cukup lah dari first year sampai third year handle program. Bagi orang lain pula merasa sibuk tang tu. Aku cuma nak fokus final year aku je.

Sebenarnya bukan senang kau nak habiskan apa yang kau mulakan. Contoh paling dekat, fyp. Serious aku hampir nak give up. Sv aku banyak kali lah cakap sampai kadang2 emo aku dibuatnya hahaha. Asyik2 tu dia ulang "awak baik siapkan cepat, saya risau awak extend je ni". Ayat "extend" tu dah banyak kali dia repeat. Pernah satu hari tu aku stress sangat sampai aku menangis fikir masa depan aku. 'Agaknya betul kot aku kena repeat sem ni'. Hahaha kau bayangkan lah. Stress weh. Tapi tula, atas semangat diri sendiri dan dorongan sv aku juga, aku push untuk siapkan juga benda ni. Seminggu (dalam 4-5 hari macamtu) waktu cuti midsem lepas aku sanggup pergi lab pagi pukul 8/9 macam tu. Balik pukul 9/10 malam. Semata-mata nak siapkan labwork aku okay. Time ni rasa takde life nya asyik duduk lab je hahaha dalam masa yang sama terasa hidup berwawasan sebab busy acah mak aih kahkah! Tapi memang busy okay. Disebabkan pengorbanan cuti tula aku managed untuk siapkan labwork aku ON TIME. Kau rasaaa? Bahagia aku. Huhu.

Tips final year ni senang je:
1. Kuatkan semangat. Ni yang paling penting. Pengorbanan zaman belajar ni memang sangat perlu. Melainkan rasa nak repeat atau extend, kau boleh teruskan sikap relax kau. No worries.

2. Persetankan bisikan syaiton yang nak jatuhkan semangat kau. (Refer balik tips no. 1)

3. Minta kata kata semangat dari sv kau. Sebab sv kau ni umpama mak/ayah kau tau untuk perjalanan fyp kau dekat U ni. Jaga hubungan dengan sv korang. Sesekali tu bawa lah makanan untuk sv kau. Try ah. Nescaya sv kau happy. Sebab aku pernah bawakan apam polka dot utk sv aku time jumpa dia omg dia suka gila! Hahaha sebab dia memang tengah lapar :'D

4. Of course, doa ibu ayah. Malas nak cakap sebab semua orang tahu doa ibu ayah ni penting. Takde diorang, korang takde tau dekat U tu. Haa

5. Bahagikan masa korang betul betul! Tang ni aku serious. Nak aktif koku ke apa boleh, tapi ingat akademik tu priority kau. Jangan sibuk sangat handle program/kelab, akademik ke lautan antartika. Takmo! Okay?

6. Plan. Ni penting untuk mengelakkan benda benda yang tak diingini jadi. Sebagai contoh, korang punya labwork pakai method A. Jangan tangguh dah kerja tu sebab korang tak tahu apa akan jadi selepas/semasa nak buat tu (mesin rosak/method tak sesuai etc). So thats why, kena buat awal awal. Incase method A tu tak jadi, korang masih ada masa untuk buat another new method. Aku dah alami. Tukar method saat saat akhir adalah dugaan hidup yang sangat dasyat. Tu yang sampai terpaksa korban cuti midsem tu. Huhu.

7. Habiskan apa yang korang mulakan. Please jangan extend. Kesian ibu ayah korang. Memang, diorang tahu kemampuan diri kita sebagai anak diorang tahap mana je. Tapi kita tak pernah tahu hati diorang. Ibu ayah ni diorang memilih untuk pendam dari meluahkan. Hati orang tua gais. So kena jaga okay?

Well, kepada adik adik yang bakal buat fyp, all the best sis ucapkan! Enjoy what ever you do. Boleh lah ikut tips dekat atas tu dan harap benda tu sedikit sebanyak membantu korang. Next year sis konvo bawa bunga okay? hahahaha.


Okaylah, semoga kejayaan tu milik kita semua. InshaAllah, aamin..
Bye !

Thursday, 22 December 2016

Rest in peace.

Assalamualaikum, Hi.


Dalam hidup ni, definisi 'takda benda yang kekal' tu benar. Hatta duit. Harini withdraw RM50, esok tiba tiba tinggal RM5. Takda satu benda pon benda yang akan bertahan dalam tempoh yang panjang. Tiba masa, dia pergi juga. Kau je kena bijak handle setiap benda yang jadi dalam hidup kau. Either kau nak lari, selesaikan atau biarkan je masalah tu lalu depan kau. It's your choice.

Macam tu juga soal hati. Boleh jadi harini kau bahagia, esok kau kecewa. Sebabtu lah kena sentiasa bersedia dengan segala consequences yang bakal jadi masa akan datang. Just be prepared. Dalam hidup aku sendiri, manusia datang dan pergi tu perkara biasa. Kalau setahun yang lepas kau nampak aku happy, tak mustahil harini aku tak macam setahun yang lepas. Kawan aku pon datang pergi. Apetah lagi hm..

Lumrah hidup. Jadi aku terima.

Memang betul, tak ramai yang dapat stay dengan aku. Aku memang terlalu banyak kekurangan dan aku tak pernah paksa untuk orang kekal dengan aku. Kepada yang masih ada, Allah je tahu betapa aku bersyukur Dia datangkan orang orang macam korang dalam hidup aku. Terima kasih..

Jadi lepasni aku fokus nak capai impian aku je. Bagi aku rehat dulu nak fikir soal hati ni. Siapa lepasni dok tanya pasal kahwin ke, si J ke, aku angkat kaki blah je huhu. Sebulan dah aku cuba ubat hati ni dari silap aku sendiri. Tapi kalau orang tak mampu bertahan, kita tak boleh kata apa weh. Maka aku redha kan aje. Well, past is past.

"Padan muka kau aina perangai buruk sangat ha takda siapa nak dekat engko !"

Ye ye okay fine. Bye !


Wednesday, 21 December 2016

22 tahun.

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalau 7 ke 9 tahun yang lepas, medium ni lah yang mula-mula sekali aku pilih untuk jadi tempat aku kongsi dan cerita semua pasal aku selepas myspace, tagged, hi-5 etc. Bila ingatkan balik, rasa macam nak lari laju-laju lepastu hantuk kepala dekat dinding. Haha, Apa-apa pun semua orang ada masa yang tak berapa bijak yang dah pon aku dan korang lalui. Beza dia cuma tahap ke'ekstreme'an tak berapa bijak tu je. Kalau ada skala 10 kau bagi dekat aku, tahap aku punya kurang bijak dulu tu mungkin boleh cecah 10.1

Harini umur aku genap 22.

Kurang lebih kalau ikut kira cincai cincai ni aku ada lebih kurang 20 hari je lagi nak menamatkan zaman degree aku dekat UMP. Next week aku start final exam untuk second last semester. InshaAllah ada rezeki aku, aku praktikal mula bulan Februari ni. Tapi ketahuilah rakyat jelataku, bahawa takda satu pon lagi tempat praktikal yang melekat untuk aku. Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Takpe. Aku anggap rezeki aku datang lewat sikit. Yang ni kita cerita lain.

Dulu, masa umur 14 tahun (form 2) aku pelan pelan nak explore dunia blog ni. Bertatih nak belajar menulis. Kalau bab nak lawa kan blog sendiri tu, sanggup bersengkang mata sampai 2 3 pagi nak belajar tutorial, code HTML, adjust lebar panjang blog, template semua lah. Bila dah puas hati, blog dah lawa, start kumpul followers. Serius. Aku tak malu mengaku yang dulu aku agak batak readers. Kahkah. Padahal dekat blog cerita semua merapu je. Aku pon tak tahu apa yang fikir dulu weh masyaAllah rasa nak rendam muka dalam jamban ha hahaha! Jadi, dah nama pon tengah tak matang, umur budak budak baru nak up. Asal bahagia sikit, update blog. Marah orang tu update blog. Kecewa bercinta, update blog. Sakit perut sembelit, update blog. Muntah demam, update blog. Hm macam takde life pon ye jugak dah kalau dulu semua benda nak cerita. Tak tahu lah berapa ramai yang dok sumpah seranah bila baca blog aku huhu. Apa apa pun, itu semua dulu. Pengalaman tu bagi pengajaran. Yedak?

Nak dipendekkan sikit cerita, blog aku mula tenggelam masa zaman instagram dah start famous. Masa tu time matrik kot. Tahun 2012 macam tu. Tipu kalau kata takde akaun instagram sekarang. Kucing pon boleh ada instagram, ini kan kita. Hahaha. Oleh kerana fungsi instagram ni sama macam blog (lebih kurang), aku slow slow tinggal kan blog. Bila fikir balik, menyesal pon ye. Sebab dekat blog juga aku ada kenal few bloggers jalanan. Kira macam kawan jarak jauh lah. Jadi bila blog tu tenggelam, sampai lah satu tahun tu aku boleh lupa email password semua, aku kira hilang satu kenangan lah dalam hidup aku ha gitu. Tapi before kejadian lupa email semua tu, aku sempat delete post post merapu dulu, gambar gambar yang perasan diva tu semua. Alhamdulillah.. Kira sekarang ni kalau search nama aku dekat google, takda lah gambar pelik pelik dok muncul, inshaAllah..

Bila dah ada instagram pula, aku rasa hidup makin tak best. Sebab apa semua tu biarlah aku simpan dulu. Cuma buat masa sekarang ni aku nak cakap yang aku rindu gila zaman zaman tulis blog. Aku tahu kita semua makin besar makin sibuk. Tapi tipu lah dalam pada masa sibuk tu tak boleh nak luang untuk passion yang aku pernah ada dulu. Kalau sibuk pon sekarang, waktu nak rehat lepak atas katil, aku dok scroll instagram juga. Stalk hidup orang. Hm. Aku cuma nak start menulis balik je sekarang. InshaAllah, aku janji aku takkan tulis benda benda negatif dalam ni melainkan berkongsi apa yang aku rasa dan apa yang aku ada. InshaAllah, yang baik-baik je.

Hidup ni makin lama makin meningkat umur. Makin tua.
Kalau tak mampu bagi manfaat pada orang melalui perbuataan nyata, sekurang-kurangnya aku nak usaha bagi manfaat pada orang dari aspek yang lain lain.

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
"Sebaik baik manusia adalah yang paling bermanfaat pada orang lain"

Ini azam aku.

Selamat Ulang Tahun yang ke-22 Aina.
Terus melangkah ke hadapan.
Fokus untuk bahagiakan orang orang yang masih setia dengan kau.
Okbye nak makan cekodok birthday hiks