Wednesday, 21 December 2016

22 tahun.

Bismillahirrahmanirrahim..

Kalau 7 ke 9 tahun yang lepas, medium ni lah yang mula-mula sekali aku pilih untuk jadi tempat aku kongsi dan cerita semua pasal aku selepas myspace, tagged, hi-5 etc. Bila ingatkan balik, rasa macam nak lari laju-laju lepastu hantuk kepala dekat dinding. Haha, Apa-apa pun semua orang ada masa yang tak berapa bijak yang dah pon aku dan korang lalui. Beza dia cuma tahap ke'ekstreme'an tak berapa bijak tu je. Kalau ada skala 10 kau bagi dekat aku, tahap aku punya kurang bijak dulu tu mungkin boleh cecah 10.1

Harini umur aku genap 22.

Kurang lebih kalau ikut kira cincai cincai ni aku ada lebih kurang 20 hari je lagi nak menamatkan zaman degree aku dekat UMP. Next week aku start final exam untuk second last semester. InshaAllah ada rezeki aku, aku praktikal mula bulan Februari ni. Tapi ketahuilah rakyat jelataku, bahawa takda satu pon lagi tempat praktikal yang melekat untuk aku. Tapi bukan tu yang aku nak cerita. Takpe. Aku anggap rezeki aku datang lewat sikit. Yang ni kita cerita lain.

Dulu, masa umur 14 tahun (form 2) aku pelan pelan nak explore dunia blog ni. Bertatih nak belajar menulis. Kalau bab nak lawa kan blog sendiri tu, sanggup bersengkang mata sampai 2 3 pagi nak belajar tutorial, code HTML, adjust lebar panjang blog, template semua lah. Bila dah puas hati, blog dah lawa, start kumpul followers. Serius. Aku tak malu mengaku yang dulu aku agak batak readers. Kahkah. Padahal dekat blog cerita semua merapu je. Aku pon tak tahu apa yang fikir dulu weh masyaAllah rasa nak rendam muka dalam jamban ha hahaha! Jadi, dah nama pon tengah tak matang, umur budak budak baru nak up. Asal bahagia sikit, update blog. Marah orang tu update blog. Kecewa bercinta, update blog. Sakit perut sembelit, update blog. Muntah demam, update blog. Hm macam takde life pon ye jugak dah kalau dulu semua benda nak cerita. Tak tahu lah berapa ramai yang dok sumpah seranah bila baca blog aku huhu. Apa apa pun, itu semua dulu. Pengalaman tu bagi pengajaran. Yedak?

Nak dipendekkan sikit cerita, blog aku mula tenggelam masa zaman instagram dah start famous. Masa tu time matrik kot. Tahun 2012 macam tu. Tipu kalau kata takde akaun instagram sekarang. Kucing pon boleh ada instagram, ini kan kita. Hahaha. Oleh kerana fungsi instagram ni sama macam blog (lebih kurang), aku slow slow tinggal kan blog. Bila fikir balik, menyesal pon ye. Sebab dekat blog juga aku ada kenal few bloggers jalanan. Kira macam kawan jarak jauh lah. Jadi bila blog tu tenggelam, sampai lah satu tahun tu aku boleh lupa email password semua, aku kira hilang satu kenangan lah dalam hidup aku ha gitu. Tapi before kejadian lupa email semua tu, aku sempat delete post post merapu dulu, gambar gambar yang perasan diva tu semua. Alhamdulillah.. Kira sekarang ni kalau search nama aku dekat google, takda lah gambar pelik pelik dok muncul, inshaAllah..

Bila dah ada instagram pula, aku rasa hidup makin tak best. Sebab apa semua tu biarlah aku simpan dulu. Cuma buat masa sekarang ni aku nak cakap yang aku rindu gila zaman zaman tulis blog. Aku tahu kita semua makin besar makin sibuk. Tapi tipu lah dalam pada masa sibuk tu tak boleh nak luang untuk passion yang aku pernah ada dulu. Kalau sibuk pon sekarang, waktu nak rehat lepak atas katil, aku dok scroll instagram juga. Stalk hidup orang. Hm. Aku cuma nak start menulis balik je sekarang. InshaAllah, aku janji aku takkan tulis benda benda negatif dalam ni melainkan berkongsi apa yang aku rasa dan apa yang aku ada. InshaAllah, yang baik-baik je.

Hidup ni makin lama makin meningkat umur. Makin tua.
Kalau tak mampu bagi manfaat pada orang melalui perbuataan nyata, sekurang-kurangnya aku nak usaha bagi manfaat pada orang dari aspek yang lain lain.

خَيْرُ الناسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ
"Sebaik baik manusia adalah yang paling bermanfaat pada orang lain"

Ini azam aku.

Selamat Ulang Tahun yang ke-22 Aina.
Terus melangkah ke hadapan.
Fokus untuk bahagiakan orang orang yang masih setia dengan kau.
Okbye nak makan cekodok birthday hiks

No comments:

Post a Comment