Assalamualaikum, Hi.
It's been a while since the last time I update my baby blog. So memadangkan now sis dah move into our new rent house kan so line internet dekat sini quite better dari rumah before ni. Rumah selesa. Bilik selesa. Toilet besar boleh main kejar2 (tak tipu je). So yeah, I think I will love this house lah and I HOPE that everything is going to be okay until end of July. So yeah, harini sis nak cerita atau share sikit tentang trip sis dengan ex-hostelmate sis merangkap geng mak kiah yangtakretidudukdiam ke Cameron Highland ! I swear that was the best trip I've ever had with them sebab itu jelah trip yang julung kalinya buat lepas semua dah bersepah belajar/kerja sana sini. Haha! Nanti sis share sekali budget trip from A to Z okay ! And also tips yang related that InshaAllah berguna untuk kaum sejagat hehe
Plan asal kitorang just nak pergi jalan-jalan je since DAH LAMA GILA tak hangout together kan. Yela kawan dekat Universiti dah ada, kawan zaman sekolah jatuh bangun jangan dilupakan gaisss *senyum sinis*. Sampailah terdetik satu ilham (Idk which word suites well haha) ni kitorang nak buat part bujang a.k.a Bachelorette Party kan memandangkan ada yang nak menamatkan zaman bujang. Padahal yang nak kahwinnya bulan 11. Bachy dia 8 bulan awal uollsss hahaha ! Takpa orang lain tak buat kita buat. Lagipon kitorang fikir sementara semua tengah free tak busy exam lah event lah apa, baik plan terus gerak. Betul gais, dengan kawan-kawan ni kau tak boleh plan harini untuk pergi dua bulan lagi sebab CONFIRM semua akan jadi sembang~
So, tips pertama;
1. Dah plan, terus jalan. Siapa yang free, terus ON. Kalau geng kau ada 15 orang, nak tunggu limabelas limabelas tu free memang sampai kesudah tak menjadi. Serious haha! So kalau ada lebih 5 orang free tu okay dah. Macam aku, 6 orang je pergi. Bahagia je menjemah semorang hihi
Dan bermulalah kawan sis sorang ni survey hotel yang terbaik dekat Cameron tu. Kawan sis survey dan book dekat booking.com. Banyak lagi website lain yang korang boleh book. Misalnya: Hotel? Trivago. Dan banyak lagi eh kau google je okay. Untuk pemilihan hotel/chalet/apartment ni sebenarnya depends pada citarasa orang. Kalau yang jenis backpackers ke bercuti bajet ke ha banyak juga hotel yang murah-murah. Kalau jenis yang balik bilik just nak tidur je, ada je apartment yang okay. Tapi bagi yang suka pemandangan cantik, sedap mata memandang nak lepak sambil release stress, sis cadangkan korang stay tempat yang kitorang pergi ni. Tempat dia ala-ala vintage lepastu atas bukit dan sangat2 recomended lah; THE BALA's CHALET
View sekitar Bala's Chalet. CANTIK KAN ?!
Okay cakap pasal harga per night, harga dia quite expensive. So dekat sini sis nak bagi satu tips bijak dalam menjimatkan bajet haha. Bilik yang kitorang book tu harga dia 429MYR per night. Bilik 2 tingkat untuk 4 orang. Tapi tapi tapi, haruslah diingatkan harga tadi tu belum include tax, parking dan sebagainya. So total untuk hotel haritu 495MYR. Ha sis terkejut tax dia mahai beno tapi takpelah. Sebab share enam orang so okay lah.
So, tips kedua;
2. Nak jimat kan? Korang share je ramai-ramai. Bilik tu sesuai untuk kapasiti 4-8 orang. Tapi sis nak ingatkan yang jangan sampai kantoi. Jangan lah time check in tu semua sibuk nak pi kaunter. Biar 2 orang je yang pergi check in, yang lain duduk diam dalam kereta dulu. Sebenarnya mana2 hotel yang high taste ni semua macam tu. Kalau nak tambah orang masuk bilik tu kena charge 50MYR. So dah rugi sikit lah padahal korang dekat bilik time tidur dengan mandi je. Tapi view dekat hotel ni sumpah lawa tak tipu dah. Time nak masuk bilik pon biarlah 4 org pertama dulu yg masuk. Few minutes lepastu the rest pula masuk ha macamtu. Nak bawa extra tot dan bantal untuk keselesaan pon okay juga. Tapi angkat lah waktu malam k hahaha!
Tips ketiga;
3. Time survey hotel ni WAJIB untuk tengok review customer diorang yang terdahulu. Jangan 'salah' pilih ya nanti tak lena nak tidur malam hiks
Maka bermulalah aktiviti percutian anak dara. Haha ! Petang tu lepas check in pukul 2 kitorang bersiap get ready nak pi berjalan lepastu pakat nak pi photoshoot dekat sekitar hotel tu. Bayar mahai kan so haruslah bijak menggunakan kelebihan yang ada. Kitorang ni memang sek-sek yang kalau berjumpa mesti nak ada gambar kenangan. Tunjuk dekat anak-anak nanti. 'Ini lah kawan2 ibu time zaman sekolah sekarang semua dah jadi makcik2' OMG haha ! Bila update gambar dekat instagram ramai juga macam curious siapa yang ambil kan gambar kitorang. Angle cantik, gambar nampak high quality sangat ! Jawapannya: Tripod & Camera iPhone lah apalagi hahaha
So, tips keempat;
4. Tripod ni sangat berguna tau kalau pergi bercuti dengan kawan/family. Yela nak amek gambar potrait dengan kawan/family takkan memanjang sorang tu MIA dalam gambar sbb jd photographer hahaha lepastu asyik nak panggil strangers. Nanti gambar gegar lah lighting lari lah angle tak cantik. So tripod ni sangat memuaskan ! Korang setting sendiri semuanya. Puas hati gambar cantik. Beli dekat mana? Eh kitorang pinjam je hihi. Nanti sis nak belilah satu untuk kegunaan masa hadapan. Lazada ada diknon.. Beli tripod yang ketinggian 1 meter tu senang nak adjust.
Ini lah Kak Ti (Tripod) yang paling banyak berjasa. Oh ya, bukan sis je tukang adjust camera, gilir2 lah siapa yang rasa hebat boleh tengokkan angle mana cun hahaha!
Hasil gambar Tripod ft. iPhone camera !
Hari pertama tu kitorang just jalan, photoshoot yang ala2 Bachy Party dekat sekitar hotel and Taman Mardi. Masuk Mardi tiket dewasa sorang 5MYR. Then petang tu semua lapar tahap tak boleh bawa bincang dan kitorang decide makan steamboat. Memandangkan cuaca memang sejuk kan so haruslah makan yang panas2 gitewww. Oh ya, kitorang makan dekat kedai 'STEAMBOAT' berhampiran hotel je. Okay ada satu cerita kelakar time makan ni haha sebab masing2 kena prank dengan harga dalam menu. Sis nak explain pon agak rumit.
So tips seterusnya:
5. Kalau tak sure harga yang dia letak dalam menu atau wujudnya kekeliruan antara korang atau tak konfiden, double confirm balik dengan waiter kedai tu. Sebab kadang depa ni macam tengok kita pakai elok sikit, mulalah macam ambil kesempatan. Sebab tuari masing2 konfius tapi konfiden je order. Sekali bila bil sampai, semua rasa bertambah dan makin kenyang. Kahkah !
Then balik hotel tu jamak isyak maghrib semua lepastu decide nak pergi jalan pasar malam brinchang. Saja berjalan sementara semua dah luangkan masa ni. Masing2 mula lah misi cari barang yang nak beli. Malam ni sis just beli kambing bakar je sebab terliur sangat hihi. Untuk pasar malam ni takda tips sangat cumanya, kawal nafsu. Jangan main beli je. Contoh paling senang strawberry. Survey dulu harga sebab lain orang jual lain harga.
The next day which is the last day kitorang bangun awai pagi. Kira lepas subuh tu ada yang terus tak tidur, bersifat keibuan siapkan sarapan semua. Oh ya tips yang amat berguna:
6. Bawa lah bekalan macam roti ke sambal buatan ibu ke jem serta air yg 2 in 1 tu untuk sarapan. Sebab harga hotel tu tak include meal. So sarapan kena sendirian berhad. Jug nak masak air panas, gula dan cremer ada so jangan risau.
Muka-muka tak mandi (tapi dah gosok gigi k saja bagitau)
Pagi tu cuaca sumpah sejuk. 17-14 degree celcius. Fuh ! Siapa kata cameron dah tak sejuk tu tipu. Even time hari kitorang datang pon dah sejuk kemain. Kitorang angkut semua makanan pi makan dekat taman. Ala2 english breakfast lah kan makan sambil menikmati view haha! Tapi sumpah best time ni korang boleh bonding lebih hehe. Maklumlah dah lama tak menjemah ! Kitorang tunggu sampai pukul 10 then semua mula berkemas dan bersiap sebab kena checkout pukul 12. So after checkout kitorang jalan Kea Farm beli strawberry lah jagung lah sayur lah and few of tanda kenangan. Sis tak tahu nak beli apa. Sis beli strawberry dengan magnet fridge je. Tu pon sebab magnet fridge tu comel haha ! Habis shopping around 3PM masatu macam dah nak hujan. Kitorang plan nak last visit pergi ladang teh Cameron Valley tu tapi masatu dah hujan agak lebat plus jalan jem. So semua decide balik terus memandangkan esok tu ada yang ada kelas, sis kerja. Ha ! Masa turun ni sis mabuk hahah masa naik tak mabuk pulak haih so yang senang mual2 tu get ready jela plastik kosong okay.
Ini sis senaraikan budget list untuk SEORANG. Kira ni budget perbelanjaan yang sis pakai lah.
Accomodation : 82.50 MYR
Balloon (Props photoshoot) : 7 MYR
Steamboat : 22.80 MYR
Belanja @ Pasar Malam : 8.20 MYR
Belanja @ Kea Farm : 78 MYR
Minyak & Tol (Return) : 47.10 MYR
Total : 245.60 MYR
So lepas ni korang boleh lah plan budget untuk pergi sana. Macam sis budget lebih dekat Kea Farm dengan hotel. Kalau korang boleh jimat lagi, lagi bagus ! Hehe. Rasa rindu dekat cameron ni berminggu juga baru boleh move on. Sekarang rasa nak berjalan lagi. InshaAllah tunggulah Bachy siapa pula lepasni ya hihi. Balik je selangor esok tu pergi kerja sis sakit kepala sebab tak cukup rehat haha nasib baiklah collegue sis memahami. So dia bagi buat kerja plan-plan je. Make sure korang rehat dengan cukup okay ? Sis nak ready masak makan tengahari. Tak tahu lah nak masak apaaaaa #dilemmaperempuan
Till we meet again my bebygirlsss on next trip maybe (?)
Thank you for reading this! Bye!