Wednesday, 4 January 2017

Chapter 4/365

Assalamualaikum, Hi.


So macam mana hari ke-4 dalam tahun baru? Okay ke tidak? Aku okay jela. Masih dok setia refresh account gmail aku menanti replied email dari mana mana company yang sudi ambil aku as one of diorang punya trainee. Serious. Penantian ni bukan satu penyiksaan lagi dah. Dua tiga empat lima enam penyiksaan T_T ahahaha! Silap haribulan nanti aku praktikal dekat rumah je noks. Tak kuasa nak fikir. Tapi lani kena kuasakan juga kalau tak hm penatlah kakak belajar empat tahun adik oi. Bila masuk isu tempat praktikal tak dapat ni, emosi mulalah tak stabil. Kejap nak makan banyak (ni macam selalu je) kejap kang nak sedih. Kejap kang takde mood nak study. Padahal ada lagi baki 2 paper ni. Nasib every sem kan aku punya paper mesti jatuh hujung2 tau aih stress mak. Dia bila dah masuk dan nak menghabiskan fasa fasa sem last ni memang agak mencabar benak fikiran. Tetiba kang kau terkeluar kat mulut kata "aih give up aku gini" padahal lagi kurang seminggu je nak habiskan zaman belajar! Hahahah syaiton is everywhere sisturrr

Dah terlanjur jari laju nak menaip ni, meh ni baca nasihat kakak kepada adik adik. Kalau korang nanti tetiba dapat tempat praktikal awai (awai dari kawan2 sekitar korang), kakak nasihatkan korang tolong lah jaga hati kawan kawan yang masih tak dapat lagi. Jaga hati dari aspek toksah macam bangga gila "wehhh aku dah dapat tempat hang dah dapat belum?!" ataupun"fuhh aku dapat siot". Unless korang sama2 dapat kan ha tu takpe. Sebab bukan apa weh. Kakak dah merasa hukhuk *menangis air mata darah* Dia punya tercalit luka dalam hati tu kan hm Tuhan je tahu. Ceh over. Takdelah, diorang tak macamtu pon. Tapi biasa lah perempuan overthinking. Lepastu mula lah fikir diri ni tak laku. Bukan saja tak laku dalam percintaan malah tempat praktikal jugak kahkah. So kalau dapat tu better korang rendah diri je. Alhamdulillah rezeki korang dapat awal. Cuba lah rebut pahala doakan juga kawan2 yang tak dapat ha gitu. Daripada jaja satu Uni hang dapat tempat. Kakak tak tuju pada sesiapa pon. Setakat ni kawan2 kakak semua baik2 belaka. Cenggini boh 

Dah masuk tahun baru ni, semua nak cakap pasal azam baru kan? Azam baru aku ni cukuplah dan tolonglah nak renew balik azam tahun lepas. Hahaha dan yang paling penting, aku malas nak terjebak dalam penipuan dunia (nak cakap 'bercinta' tapi takpelah). Next, nak fokus jadi insan yang berguna je. Tak dapat jadi berguna pada bangsa dan negara, cukuplah aku jadi anak yang berguna pada ibu ayah. Cukuplah selama 17 tahun ni belajar dari tadika sampai sekolah rendah, sampai menengah sampai la ke degree ni ibu ayah tanggung. Biar habis praktikal dapat kerja baik2 as long as dapat 'bayar' balik segala penat lelah family. Lepastu nak fokus topup iman dan cari kebahagian sendiri wah gitu. Bercinta ni nanti dulu. Aku bagi laluan pada kawan2 batch 94 yang nak 'jalan' dulu, mohon jalan. Aku pon boleh isi perut dengan nasi kenduri ampa semua kahkah. Kakak penat bercinta asyik tak jadi. Bercinta dengan kucing jela. Kot emo ke depa paling kurang pon depa dok meow meow ja

Okaylah, nak study. Bye 
Happy New Year everyone !

No comments:

Post a Comment